Mesyuarat Majlis Tertinggi BN 28 Apr penentu pencalonan PRN

Majlis Tertinggi Barisan Nasional akan bermesyuarat pada 28 April untuk membincangkan perkara berkaitan pilihan raya negeri.

“Saya tidak boleh mengatakan apa-apa sekarang.

“Kami akan bermesyuarat di Majlis Tertinggi BN pada 28 April dan menentukannya, ” kata setiausaha agung MIC RT Rajasekaran kepada Harapan Daily.

Beliau berkaitan demikian sebagai respon kepada persoalan sama ada MIC akan menamakan calon di dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Dalam bulan Januari, Rajasekaran telah memberitahu Harapan Daily bahawa perkara ini belum dibincangkan lagi.

Sebanyak enam negeri bakal menyaksikan PRN iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

MIC mempunyai seorang Adun L Manickam di Jeram Padang. Beliau Adun penggal kedua.

Usaha parti tersebut untuk mendapatkan peluang bertanding di Pulau Pinang setakat ini telah menemui jalan buntu.