Hamas bekukan rundingan gencatan senjata

Hamas telah membekukan rundingan gencatan senjata ekoran kematian timbalan ketua Hamas, Saleh al Arouri dalam serangan Israel ke atas Beirut, Lebanon, lapor Al-Arabiya.

Rundingan tersebut telah bermula semalam.

Ketua Hamas, Ismail Haniyeh menyifatkan pembunuhan al Arouri sebagai satu tindakan pengganas, pencabulan kedaulatan Lebanon dan penyebaran permusuhan Israel ke atas Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan Perdana Menteri Israel memberi jaminan kepada keluarga mangsa tebusan bahawa rundingan sedang diusahakan.

Pembubuhan Saleh walaubagaimanapun telah mengalihkan fokus Israel.

Di Amerika Syarikat pula, Setiausaha Negara Anthony Blinken telah menjadualkan semula lawatan beliau ke Israel ke minggu hadapan.

Â