Bagaimana Hadi manipulasi agama untuk lawan DAP? Ini caranya

Oleh AHMAD MURSI

Haji Hadi dalam artikel “Pas dan DAP Berkawan & Berlawan”, 18 Disember 2023 senaraikan beberapa alasan Pas memusuhi DAP.

Alasan pertama diberi kerana ‘DAP secara terbuka menentang Pas dalam pelaksanaan syariat Islam di Kelantan dan Terengganu’.

Ini cara Haji Hadi jadikan perseteruan politik satu ‘doktrin agama dan akidah’ melawan semua musuh politiknya sejak 80-an.

Faktanya: Tun Mahathir ialah PM yang ugut untuk daruratkan Kelantan melalui Mageran jika Pas terus laksanakan hudud. Sejak itu, Pas tidak berani laksanakan.

Kini, Pas melantik Tun Mahathir yang dulu menentang ‘syariah’ jadi penasihat di empat negeri Pas.

GERAKAN pula bawa Kes hudud ke Mahkamah Persekutuan pada Mei 2015 untuk cabar kesahihan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan.

Tapi Pas kini berkawan dengan GERAKAN yang juga meletakan ‘negara sekular’ sebagai matlamat partinya.

DAP tidak bersetuju atas alasan konflik Perlembagaan atau ultra vires.

Ironinya, Pas tidak laksana hudud semasa jadi Kerajaan Tebuk Atap, walhal tanpa halangan DAP. Nyata sekali alasan itu dibuat-buat dan Pas tidak ikhlas.

Tulisan Haji Hadi tumpu ‘kaum yang mendukung DAP’ tapi tidak pula ‘kaum yang mendukung GERAKAN dan MCA’.

Perbalahan Pas dan DAP hanyalah strategi politik tetapi Pas berusaha bina naratif ‘ini perseteruan agama dan kaum’. Begitulah jahatnya salahguna agama oleh Pas.

Ada benar kata-kata; rakyat sebenarnya bersatu antara kaum dan agama di banyak negara, tetapi ahli politiklah sebenarnya pemecah-belah demi merebut kuasa.

BACA JUGA MB Kelantan pun puji PADU