Rasuah RM6 juta: CEO persatuan bola sepak antara 4 ditahan
Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) bersama dua wakil perunding sebuah persatuan bola sepak di negeri utara antara empat ditahan reman tiga hari bermula hari ini.
Mereka disyaki meminta serta menerima rasuah bernilai lebih RM6 juta.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16a(B) Akta SPRM 2009.
Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor membenarkan permohonan reman empat suspek oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.
Lapor BH memetik sumber, semua empat lelaki terbabit berusia antara 40 hingga 60 tahun.
Kesemuanya ditahan antara jam 5 hingga 6.30 petang semalam, ketika masing-masing hadir ke Pejabat SPRM Kedah bagi rakaman keterangan.
“Berdasarkan siasatan dijalankan, wang lebih RM6 juta dimasukkan ke akaun sebuah persatuan bola sepak.
“Wang rasuah berkenaan dipercayai sebagai balasan kerana membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengendali serta menyelenggara lima loji takungan air di sebuah negeri,” katanya.
BACA JUGA Anak syarikat KKDW gagal jana keuntungan ditutup
Â