Belum sebulan Zaliha jadi Menteri Wilayah, habis warga asing kena sapu

Perlu diakui, tidak sampai satu bulan Dr Zaliha Mustafa dipindahkan bagi menerajui Kementerian Wilayah, kawasan-kawasan panas yang kebanyakan menempatkan peniaga warga asing teruk ‘diusik’.

Terutama Jalan Silang yang terkenal dengan jolokan ‘Mini Dhaka’. 

Media melaporkan, sebanyak 1,101 warga asing terdiri Bangladesh, Nepal dan Myanmar ditahan selepas hampir satu batalion pegawai dan anggota polis daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu Jalan Silang atau terkenal dengan jolokan ‘Mini Dhaka’.

Ia tidak terhenti di situ apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaporkan telah menggerakkan gempuran kali kedua di ‘Mini Dhaka’ pada 5 Januari lalu, selepas serbuan pertama dilakukan pada 21 Disember.

Zaliha

Selain Jalan Silang, serbuan turut dilakukan sekitar Masjid India dan Jalan Petaling yang kini boleh dikatakan telah dikuasai oleh warga asing.

Hasil serbuan

Hasil serbuan di ketiga-tiga lokasi, sebanyak 29 buah premis perniagaan dan 20 penjaja tanpa lesen telah dikenakan tindakan sita barangan termasuk membabitkan penjaja bukan warganegara.

DBKL dalam hantarannya di Facebook turut berkongsi gambar-gambar sekitar operasi dilakukan dengan beberapa barangan milik peniaga di Jalan Petaling, disita.

Perkara itu menarik perhatian ramai yang menyifatkan amat jarang Jalan Petaling digempur besar-besaran oleh pihak berkuasa.

“Amat-amat jarang kita boleh tengok peniaga-peniaga di Petaling Street barang kena sita dengan DBKL. Berapa kali dah tukar kerajaan jarang kita nak nampak pihak DBKL sita kawasan-kawasan panas ini

“15 Disember @DrZalihaMustafa lapor diri sebagai Menteri Wilayah, habis semua pendatang asing dan peniaga warga asing ini kena sapu  

“Cuba kau tanya Shahidan Kassim masa dia jadi Menteri Wilayah apa dia buat?,” kata warganet.

Zaliha

Sebelum ini Zaliha telah mengarahkan DBKL untuk melakukan tinjauan dan pemantauan berkala ke atas premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.

Ia katanya bagi memastikan isu seperti penyewaan lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah dan pengambilan pekerja dalam kalangan PATI dapat dibanteras.

Sementara itu, orang ramai memuji kerja keras DBKL dan berharap agar agensi penguatkuasa itu tidak menjadi seperti pahat dengan penukul

“Kalau DBKL terus buat kerja macam ini, rakyat pun suka. Jadilah DBKL yang baru. DBKL yang lama suka tidur tunggu rakyat bising baru bertindak…itu kita lupakan.

“Terus buat serbuan. Jangan bagi muka,” demikian antara komen ditinggalkan di laman rasmi DBKL.

BACA JUGA Sultan Ibrahim tidak terima menghadap hingga 31 Januari