Tular mesej Suffi Kamari didakwa pernah minta borang jadi ahli DAP
Sejak kelmarin kecoh apabila tiga lelaki dilapor menceroboh rumah Menteri Besar Selangor dengan salah seorang terlibat adalah pemimpin Pas Gombak, Muhamad Suffi Kamari.
Sejak berita itu tersebar, tular dakwaan Pemuda Pas itu pernah meminta borang untuk menjadi ahli DAP – sekitar dua tahun lalu.
Menerusi tangkap layar permesejan di aplikasi X, Suffi dikatakan menghantar pesanan ringkas kepada seorang pengguna akaun @tauhidaziz, mengajak untuk berjumpa kerana mahu mengisi borang keahlian DAP.
Perbualan yang dilihat Harapan Daily itu bertarikh 11 Disember 2022.
“Salam bro. Ada mana? Kuala Lumpur ke? Jom lepak. Nak isi borang DAP sekali ni,” katanya.
Individu tersebut kemudian berkongsi perbualan tersebut di akaun X miliknya dengan kapsyen jenaka;
“Kalau lah aku bagi borang DAP dekat Suffikamari ni suatu masa dulu mesti dia tak jadi macam ni hari ini.
“Masalahnya apa hal dia minta borang DAP dekat aku, tak tahu mana aku ada. Pelik dia ni,” ciap Tauhid Aziz sambil meletakkan emoji gelak.
Individu itu juga mengatakan bahawa perbualan itu benar dan bukan rekaan.
Pada 5 Januari, media melaporkan seorang wartawan Harakah ditahan kerana didakwa cuba menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor.
Dua penyokong Perikatan Nasional (PN) turut ditahan termasuk Suffi Kamari.
Suffi tahun lalu pernah kecoh mengadakan siaran langsung pukul 3 pagi mendakwa longgokan sampah di Batu 18 Hulu Langat tidak diuruskan dengan baik.
Mengikut laporan polis yang tersebar, wartawan Harakah itu didapati bersembunyi di tempat duduk belakang kereta yang dinaiki Suffi dan seorang lagi yang ditahan.
Itu cubaan kali kedua wartawan itu untuk masuk ke kediaman rasmi Menteri Besar kerana 10 minit sebelum itu, dia berbuat demikian tetapi dihalang.
BACA JUGA PM baru kononnya muncul tapi ahli pula ceroboh rumah MB