Bukan sahaja KL dibersihkan, Dr Zaliha juga hidupkan semula Majlis Menteri Wilayah

Prestasi baik Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa terus mendapat perhatian selepas kejayaannya menggerakkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menjalankan operasi ‘pembersihan’ besar-besaran di ibu kota.

Satu demi satu operasi dijalankan yang bermula dengan penggempuran ‘Mini Dhaka’ dan disusuli dengan beberapa serbuan di Bukit Bintang, Masjid India, Jalan Petaling, Jalan Haji Taib dan Chow Kit.

Selain usahanya membersihkan Kuala Lumpur dari dikuasai warga asing, Dr Zaliha Mustafa juga memutuskan untuk menghidupkan semula Majlis Menteri Wilayah selepas ia kali terakhir bermesyuarat pada tahun 2019.

Mesyuarat tersebut berfungsi untuk menyalurkan input dalam merancang dan menggubal dasar serta strategi pembangunan di Kuala Lumpur.

Mesyuarat akan diadakan setiap tiga bulan sebagai langkah berterusan dalam menangani perkembangan dan keperluan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, selain berperanan penting dalam memastikan setiap keputusan dan langkah strategik adalah berasaskan keperluan semasa dan mengambil kira harapan rakyat di Kuala Lumpur.

Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 9 Januari lalu dan dipengerusikan sendiri oleh Zaliha dan dianggotai semua Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan wakil-wakil dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Meesyuarat yang diadakan akan menjadi platform untuk menyelesaikan isu-isu dasar berdasarkan pelaporan perkara-perkara yang telah diputuskan pada Mesyuarat Konsultasi Datuk Bandar Kuala Lumpur Bersama Ahli Parlimen Kuala Lumpur,” demikian kata Zaliha selepas mempengerusikan Majlis Menteri Wilayah Bilangan 1 Tahun 2024 di DBKL pada 9 Januari lalu.

Beliau berkata mesyuarat seperti itu akan diadakan setiap tiga bulan sebagai langkah berterusan dalam menangani perkembangan dan keperluan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

BACA JUGA Sakit disengat obor-obor, rupanya ini sebab tentera ini berani terjun menyelamat