Pelik ada yang marah Perdana Menteri sebab siasat ‘Tun-Tun’

Usaha kerajaan untuk menghukum mereka yang terlibat dengan rasuah, termasuk tokoh-tokoh terkemuka dan mereka berpangkat ‘Tun’ tidak harus dipersoalkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau merasa pelik apabila ada sesetengah pihak mengkritiknya dan menganggap usaha itu sebagai kejam.

“Apabila kita nak ambil tindakan, ada yang marah. Kata mereka, Perdana Menteri kasar sangat, sibuk nak ambil tindakan.

“Bagi saya, ini aneh. Sepatutnya sokong. Bukan senang nak siasat ‘Tun-Tun’. Siasat ketua kampung, senang. Siasat cikgu sekolah Tamil senang, tapi siasat orang kaya yang curi duit tak mudah.

“Oleh kerana kita nak jaga negara, jangan bagi orang curi harta rakyat, kita akan buru penjenayah ini walau dengan apa cara sekalipun,” katanya memetik Bernama.

Lapor portal itu lagi, selepas melalui pelbagai kesukaran sebelum dilantik sebagai perdana menteri, Anwar tidak mungkin melupakan atau memungkiri janji berkhidmat untuk setiap rakyat Malaysia, tidak kira bangsa dan agama.

“Setelah susah payah masuk keluar penjara, tak mungkin selepas ada jawatan saya lupa janji.

“Saya pernah katakan dahulu, mahu jadi pemimpin di negara ini, mesti siap dasar yang jelas. Anak Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, semua anak saya.

“Sekarang masa untuk terjemahkan (tunai janji). Setahun sudah berlalu, kita baru adakan pemukiman, jadi kita akan tingkatkan usaha walaupun bukan mudah,” ujarnya lagi.

BACA JUGA Kerana silap siar gambar, PMX difitnah tidak dijemput ke majlis Jamuan Teh Diraja

Â