Daim tak sabar mahu didakwa Isnin ini

Bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Isnin ini.

Menurut kenyataan ringkas jutawan berusia 85 tahun itu, beliau akan didakwa atas pertuduhan sama yang dikenakan terhadap isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid.

“Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) telah merekodkan kenyataan daripada saya.

“Peguam saya dimaklumkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin 29 Jan atas kesalahan bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 iaitu berkaitan pengisytiharan aset .

“Baiklah, saya tidak sabar akan hari-hari saya di Mahkamah,” katanya.

Pada 24 Januari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu bahawa pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa Daim.

Bagaimanapun, prosiding itu tertangguh selepas Daim dimasukkan ke hospital sekitar minggu kedua Januari lalu.

Daim telah keluar daripada hospital semalam.

Pada 23 Januari lalu Na’imah didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana gagal mengisytiharkan 12 aset miliknya.

Seskyen tersebut membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.

BACA JUGA Isteri dakwa Daim dianiaya hanya kerana kaya