Tiada masalah untuk Apandi berdepan RCI

Mantan peguam negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersedia untuk berdepan Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Penubuhan RCI telah diumumkan oleh Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 24 Jan.

Apandi merupakan Peguam Negara ketika kerajaan menarik balik permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan tuntutan bertindih Malaysia-Singapura.

“Tiada masalah langsung,” katanya ketika ditanya sama ada beliau akan muncul dalam pendengaran RCI, lapor New Straits Times.

Beliau turut mengalu-alukan penubuhan RCI.

Bidang tugas RCI akan meliputi kuasa perundangan, berbanding dengan jawatankuasa khas yang saya pengerusi yang tidak mempunyai kuasa perundangan.

“RCI lebih efektif mengkaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

ICJ pada 2008 memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh milik Singapura, Batuan Tengah milik Malaysia dan Tubir Selatan adalah berdasarkan sempadan maritim negara-negara yang menuntut.

Kerajaan menarik balik permohonan menyemak semula keputusan pada 2018.

RCI dijangka akan memulakan siasatan selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertuan Agong.

BACA JUGA: Kabinet putuskan tubuh RCI kaji pengendalian kes Pulau Batu Puteh

Â