Daim mengaku tidak bersalah

Mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan berkaitan kegagalannya mengisytiharkan aset yang terdiri dari 38 firma, 25 lot tanah dan hartanah, tujuh kenderaan mewah dan dua akaun dana pelaburan.

Beliau yang berkerusi roda didakwa di bawah seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 pagi ini.

Beliau dipercayai melakukan kesalahan tersebut menerusi akuan bersumpah bertulis yang tidak menepati notis SPRM.

Daim dikatakan melakukan kesalahan tersebut di antara 13 dan 14 Disember. Jika disabutkan kesalahan, Daim boleh dipenjarakan selama lima tahun atau didenda sehingga RM100,000.

Antara firma yang telah disebut pagi ini ialah Menara Ampang Sdn Bhd, Fortune Valley Sdn Bhd, Genius Field Sdn Bhd, Festive Place Sdn Bhd, Vast Access Sdn Bhd, and Reliance Shipping & Travel Agencies (Perak) Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi membenarkan ikat jamin sebanyak RM280,000 tanpa syarat tambahan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Mac.