6 makanan ini halal mulanya tapi…, ikuti penjelasan Ricky
Pentingnya masyarakat Muslim memilih makanan yang halal turut difahami oleh mereka yang bukan beragama Islam.
Justeru, pempengaruh Ricky yang peka dengan keperluan rakan Muslim untuk menjamah makanan halal tampil membuka ‘rahsia’.
Beliau menyenaraikan 6 makanan yang tidak halal:
- Apam balik
- Cendol dan rojak
- Mi tarik
- Hok Kien Mee
- Bubble tea
- Oyster omelette
Menurut Ricky, semua makanan di atas sebenarnya halal tetapi jadi tidak halal apabila orang Islam mendapatkan makanan tersebut daripada peniaga non Muslim.
“Contohnya, makan di kedai sepanjang jalan di Pulau Pinang.
“Kadang-kadang saya pun hairan, ada orang Muslim makan di kedai non Muslim.
“Makanan itu disediakan atau dijual oleh non Muslim.
“Jadi, kemungkinan besar makanan atau bisnes itu tidak dapat sijil pengesahan halal JAKIM,” katanya menerusi video tular.
Meraih lebih 13,000 tanda ‘suka’, Ricky memberitahu tujuan perkongsiannya itu sebagai rasa hormat.
“Sebab saya hormat kawan-kawan kita.
“Saya kena pastikan makanan yang dimakan oleh kawan yang Muslim adalah makanan yang Muslim boleh makan,” tegas Ricky lagi.
BACA JUGA ‘Hal makanan tolonglah, jangan main politik’ – Mohamad Sabu