David Beckham kagumi KL pun penyokong PN buat ‘modal’
Kekaguman David Beckham dengan keindahan bandar raya Kuala Lumpur pun penyokong Perikatan Nasional (PN) buat ‘modal’.
Pengguna akaun X propembangkang, Salim Iskandar mengaitkan gambar bekas bintang bola sepak Inggeris itu berlatarkan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan “hasil kerja” Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Nampak? David Beckham pun appreciate hasil kerja @chedetofficial ni,” kata Salim.
Susulan itu, rata-rata warganet ‘menyekolahkan’ Salim yang pernah ditahan polis hujung tahun lalu untuk siasatan mengenai hantarannya berkait dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Hasil kerja apak lu… Hasil idea lah.. bukan kerja…
“Bila masa Mahathir bancuh konkrit buat KLCC?
“Tun ada sumbangan. David Beckham legend.Itu mereka dah cipta nama.Cuma yang pasti engkau tu je sampah masyarakat.
“Bergambar depan KLCC baru nampak KL, Malaysia. Cuba Beckham bergambar kat Lebuhraya Persekutuan, macam mana nak tunjuk Beckham datang Malaysia,” demikian antara komentar warga maya.
Beckham berada di ibu negara sempena majlis World of the Predator Exhibition yang mengimbas sejarah 30 tahun but bola sepak dikeluarkan Adidas.
Mengikut jadual, bintang bola sepak itu akan membuat kemunculan dalam sesi bersama pemegang keahlian adiclub terpilih di pusat beli belah The Exchange TRX, pukul 6 petang ini.
BACA JUGA Walaun ‘koyak’ – Menjala saja pun bukan berkaraoke tengah malam