Melimpah jemaah Subuh, umat Islam bersatu di bawah Madani PMX
Pembangkang yang juga mesra digelar walaun terus kepanasan melihat umat Islam bersatu di bawah Kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tidak seperti yang Pas tohmahkan kononnya Islam terancam, Masjid Putra pada waktu solat Subuh hari ini dilimpahi ribuan jemaah.
Lebih 3,000 jemaah hadir mengerjakan solat fardu Subuh sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 (HWP 2024).
Kempen solat ‘Subuh Macam Jumaat’ itu juga disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.
Turut serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Selesai solat Subuh, aktiviti diteruskan dengan meregangkan anggota badan menerusi program Berjalan Sihat@Putrajaya sejauh 2.5km.
Peserta berjalan kaki dari Dataran Putra dan berakhir di Dataran Putrajaya, Presint 3 dengan lebih 100 hadiah cabutan bertuah.
Fenomena solat Subuh macam Jumaat tercetus atas dasar solidariti terhadap rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman genosid oleh rejim Zionis sejak Oktober lalu.
Gerakan untuk meramaikan jemaah solat Subuh sama seperti solat Jumaat itu dipelopori oleh artis serba boleh, Alif Satar.
Usaha pelantun lagu Anugerah Terindah itu mendapat perhatian dan menjadi ikutan ramai sehingga menyaksikan ramai anak muda mula memenuhi masjid, terutama pada waktu solat Subuh.
Susulan itu, banyak masjid kemudiannya menganjurkan program sama walaupun tanpa kehadiran Alif dengan mendapat sambutan menggalakkan daripada umat Islam.
Malah, kempen yang baik dan tular di media sosial ini turut melangkau sempadan hingga disambut penganut Islam di Singapura, Brunei dan Indonesia di masjid negara masing-masing.
BACA JUGA Pencerahan jalan ‘Madani’ dan ‘Rahmatan lil alamin’