Umno tangguh kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera
UMNO malam tadi membuat keputusan menangguhkan kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera yang dijadualkan hari ini.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kolokium yang dipengerusikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Ghani sepatutnya akan dihadiri 2,000 pimpinan UMNO dari 191 bahagian seluruh negara.
Sebaliknya, mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan jam 11 pagi ini.
Menerusi kenyataan diedarkan malam tadi, mesyuarat khas itu untuk “membincangkan perkembangan politik mutakhir khususnya bersangkutan dengan pengurangan tempoh hukuman terhadap (bekas Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.”
Bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak menyebut tarikh baharu kolokium itu akan diadakan.
BACA JUGA Tawan pengundi di Kelantan, ini jawapan Pengerusi UMNO negeri