MB Kelantan ‘tumpang’ DendengNyet Berapi Khairul Aming

Kejayaan chef pempengaruh, Khairul Aming mencipta rekod jualan produk terbarunya DendengNyet Berapi turut ditumpangi oleh Menteri Besar Kelantan.

Dalam postingnya, Datuk Mohd Nasuruddin Haji Daud yang selama ini dikenali sebagai Sudin Coppong, telah membuat posting khas bagi mengucapkan tahniah kepada Khairul Aming.

“Tahniah Khairul Amin (KA) Anak Kelantan yang telah mencipta rekod luar biasa jualan sebanyak RM1.2 juta dalam masa 3 minit 39saat untuk 80 ribu paket produk terbaharunya DendengNyet Berapi.

“Pemilihan beliau untuk membuka kilangnya di Kelantan telah menjadi penyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri Kelantan dan Malaysia seluruhnya.

“Moga Terus maju dan berbakti kepada Negeri ini. Kejayaan hebat ini pasti memberi inspirasi kepada Anak Muda Kelantan dan untuk seluruh usahawan yang sedang berusaha keras,” kata beliau dalam tulisannya itu.

Menurut Khairul Aming, produk baru ini beliau bersama pasukannya telah mula merancang sejak 1 tahun yang lepas lagi dengan pelbagai tindakan telah diambil sehingga ke tahap ini.

“Sungguh kejayaan tidak datang bergolek, tapi perlu usaha yang kuat dan doa berterusan demi capai cita-cita.

“TAHNIAH!” tulis Nassuruddin menerusi Facebook beliau.

Ekoran itu, ramai penyokong beliau meminta kerajaan negeri Kelantan menjadikan Khairul Amin sebagai jurulatih pemain industri muda di Kelantan.

M Alhafiz Ahmad menulis, “Lantik dia utk bantu IKS negeri Klate. Skrg dunia alam maya. Ramai IKS terutama makcik² niaga tepi jln x tau guna media sosial utk promosi perniagaan mereka.”

Jsue Hikmah pula menulis, “Antara influencer yang sangat beradab sopan.. cool..dan berhati² dalam berbicara,.moga anak muda ini terus sukses..membina empayar anak melayu.”

Khairul Aming berjaya mencipta rekod jualan RM1.2 juta dalam masa tiga minit 39 saat di mana 80,000 paket Dendeng Nyet Berapi berjaya dijual.

BACA JUGA

Bunuh diri: Solusi MB Kelantan buat solat hajat atas jambatan dipersoal