Tiga ‘fakta’ merapu Syed Saddiq dibidas

Oleh FARHAN ZULKEFLY

Rakyat tidak puas hati dengan keputusan pengurangan hukuman Najib, memang sangat adil dan munasabah. Siapa saja boleh terima.

Tapi dalam masa yang sama, Syed Saddiq tidak perlu datang dengan 3 “fakta” merapu.

Biar saya jawab 3 tuduhan Saddiq:

1) Saddiq kata ini keputusan kerajaan

Sebabnya, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) mendapat nasihat daripada Menteri Wilayah dan Peguam Negara.

Sebagai orang yang pernah jadi Menteri 22 bulan, Saddiq patut tahu ini kuasa mutlak YDPA.

Malahan, bekas ahli Lembaga Pengampunan sendiri kata ini adalah KUASA MUTLAK YDPA.

Kalau dalam mesyuarat tempoh hari, Menteri Wilayah bantah sekalipun, YDPA ada kuasa mutlak untuk teruskan dengan keputusannya.

2) Saddiq kata Kerajaan boleh masuk campur

Sebabnya dulu, Pakatan Harapan (PH) pernah letak prasyarat untuk PM baharu (Mahathir) dapatkan pengampunan untuk Anwar.

Dalam tangkap layar Saddiq itu pun kita tidak nampak di mana yang PH letak prasyarat.

PH kata “akan berusaha mendapatkan pengampunan diraja”.

3) Saddiq kata Menteri Wilayah mengaku ini keputusan kolektif

Kenyataan ini keluar sebagai respon kepada kenyataan media Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Dalam Lembaga Pengampunan, ada YDPA, Menteri Wilayah, Peguam Negara, dan tiga ahli lantikan YDPA.

Tapi apa MUDA buat?

Letak kesemua kesalahan pada Menteri Wilayah. Sebab itu, jawapan itulah yang keluar. Ada 6 orang, kenapa dia seorang saja kena?

Kepada Saddiq, sebagai Ahli Parlimen, kamu tahu keputusan ini adalah kuasa mutlak YDPA.

Kenapa tak berani untuk kecam keputusan ini terus tanpa kaitkan kerajaan?

Dan kalau betul ini keputusan kerajaan atau Anwar, Saddiq perlu tanya rakan baharu kamu, Perikatan Nasional (PN):

1) Kenapa sehingga hari ni tiada satu pun pimpinan PN yang keluar kenyataan mengaitkan PM dengan keputusan ni?

2) Kenapa Timbalan Presiden PAS siap minta hormat keputusan tersebut?

BACA JUGA Ini 12 fakta pengampunan Najib