Calon Ketua Pengarah J-Kom sudah dimuktamadkan
Calon Ketua Pengarah (KP) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) sudah dimuktamadkan dan akan diumum selepas selesai beberapa proses dokumentasi.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, nama calon berkenaan sudah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet.
Dalam masa sama, katanya, kementerian itu dalam proses merombak struktur J-Kom.
“Yang lebih penting daripada pelantikan KP J-Kom seperti yang saya sebut sebelum ini adalah kita sedang dalam proses merombak struktur itu.
“Jadi, saya rasa itu yang menjadi keutamaan kepada Kementerian (Komunikasi).
“Saya lihat jabatan ini perlu disuaimanfaatkan, diselaraskan semula beberapa tindakan gerakan kerja,” katanya pada sidang media pascamesyuarat Kabinet, hari ini.
Bakal Ketua Pengarah J-Kom itu menggantikan Datuk Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan berkuat kuasa 15 Disember lalu.
BACA JUGA Pembangunan telekomunikasi Malaysia ke-15 terbaik di dunia