Budi bicara mutlak – Itu sebab jangan taksub

Oleh LIYANA MARZUKI

“Lembaga Pengampunan mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar Datuk Seri Najib Razak menghabiskan tempoh hukuman tanpa pengampunan,” kata peguam Najib Razak.

Maka akan mengamuklah penyokong kuat Bossku. Akan kata mereka ini seperti Tipah Tertipu.

Juga turut termalu, mereka yang memaki Lembaga Pengampunan dengan tuduhan melulu.

Ia termasuk bekas KP SPRM yang katanya YDPA wajib dengar kata Lembaga Pengampunan. Baginda tiada budi bicara.

Entahlah mana dia belajar undang-undang. Pelajar undang-undang tahun akhir pun tahu, budi bicara YDPA mengenai pengampunan itu adalah mutlak.

Baginda bebas buat keputusan tanpa ikut nasihat.

Case on point punya berlambak:

PP v Soon Seng Sia Heng (1979);

Chiow Thiam Guan v Supt of Pudu Prisons (1983);

Supt of Pudu Prisons v Sim Kie Chon (1986);

Karpal Singh v Sultan of Selangor (1988);

Juraimi Husin v Pardons Board (2002);

Yong Vui Kong v AG (2011); dan

Datuk Seri Anwar Ibrahim v Mohd Khairul Azam (2023).

Boleh ikuti juga pandangan Prof Shad Saleem Faruqi baru-baru ini.

Ini termasuk jugalah penyokong DAP yang sibuk memaki saya kerana singgung Tony Pua. Tetapi masa saya kritik UMNO, mereka share pula.

Itu nasib kita, when we call spade a spade. Ajar anak kita jangan totok parti atau pemimpin.

Setia kepada Raja dan negara. Dengan itu saja, rakyat boleh terbela.

BACA JUGA Syed Saddiq, pimpinan MUDA mesti minta maaf isu pengampunan