Syed Saddiq, pimpinan MUDA mesti minta maaf isu pengampunan
Bekas Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta pimpinan parti itu didesak supaya memohon maaf secara terbuka berhubung isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak.
Dakwaan Ahli Parlimen Muar berkenaan kononnya kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam keputusan itu adalah tidak benar.
“Saya sebagai rakyat Malaysia memohon Syed Saddiq dan seluruh pimpinan parti Muda memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya kepada Perdana Menteri dan Menteri Wilayah.
“Anda telah menyebarkan berita tidak benar, karut dan menghina kebijaksanaan Lembaga Pengampunan malah mempertikai hak mutlak Yang di-Pertuan Agong,” kata pengguna laman X, Amer Hamzah.
Kenyataannya mendapat sokongan warganet dengan rata-rata mengecam tindakan Syed Saddiq dan parti itu yang dilihat cenderung hanya memburukkan Perdana Menteri dan kerajaan.
Hal ini memandangkan, Muda tidak pula mengeluarkan apa-apa kenyataan dan pandangan mengenai kes membabitkan Daim, Mahathir mahu pun Mahiaddin.
“Itulah peranan dia. Menunggang isu yang boleh memburukkan PMX dan kerajaan pimpinannya. Betul atau salah maklumat, belakang kira.
“Muda sentiasa berat sebelah. Jangan sekali-kali dengar dan ambil mereka 100% kerana mereka mempunyai agenda tersembunyi. Hakikatnya MUDA tidak pernah berkata apa-apa mengenai kes berkaitan Daim, Mahathir mahupun Muhyiddin.
“Syed Saddiq buat video khas tentang isu pengampunan diraja Najib ini, dengan cara untuk memburukkan Anwar. Mereka memalukan!
“Kalau kau ada maruah, minta maaf secara terbuka. Jangan nampak sangat berpihak pada mana-mana orang.
“Ini semua jenis generasi yang tak boleh diharapkan untuk memimpin negara. Jangan diberi muka generasi ekstremis ini kuasa atau kepercayaan. Jahanam masa depan negara,” demikian antara kata warganet.
BACA JUGA Tiga ‘fakta’ merapu Syed Saddiq dibidas