Kes Nik Elin: Masa jadi kerajaan, Pas-PN tak bising pun
Pas-PN dilihat hipokrit dengan cuba membina persepsi kononnya kerajaan Madani pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertindak membantu menyelamatkan Mahkamah Syariah.
Semasa Pas-PN menjadi kerajaan, mereka tidak bertindak walaupun sudah muncul kes Iki Putra dan Nik Elin.
Penyokong-penyokong Pas juga tidak pula memekik berdemonstrasi ketika Mahkamah Persekutuan membenarkan cabaran undang-undang Iki Putra dan Nik Elin masing-masing pada 2021 dan 2022.
Berikut adalah kronologi kes Iki Putra dan Nik Elin:
21 Ogos 2019 – Iki Putra didakwa kes liwat di Mahkamah Syariah di Selangor.
29 Februari 2020 – Mahiaddin dilantik PM8, Takiyuddin Menteri Undang-Undang.
2 April 2020 – Hadi dilantik Duta Khas.
25 Februari 2021 – Mahkamah Persekutuan benarkan cabaran undang-undang oleh Iki Putra. Pas tidak bertindak.
19 Mac 2021 – 200 peguam tandatangan petisyen desak pindaan Perlembagaan.
7 Julai 2021 – Ismail Sabri dilantik sebagai PM9.
25 Mei 2022 – Nik Elin failkan notis usul cabar perkara dalam Kanun Jenayah Syariah Kelantan.
30 September 2022 – Mahkamah Persekutuan benarkan cabaran undang-undang oleh Nik Elin. Pas masih tidak bertindak.
13 Oktober 2022 – Nik Elin failkan petisyen.
19 November 2022 – Pilihan Raya Umum ke-15.
24 November 2022 – Anwar dilantik sebagai PM10.
19 Januari 2023 – Tiga Majlis Agama Islam (Wilayah, Kedah, Selangor) terima kebenaran jadi Sahabat Mahkamah (amicus curiae).
24 Oktober 2023 – Hadi beri kata dua di Parlimen, “𝗞𝗮𝗹𝗮𝘂 𝗣𝗛 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸, 𝗸𝗮𝗺𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶n𝗱𝗮𝗸”.
Namun, apabila kuasa di tangan selama 33 bulan, Pas tidak bertindak tetapi kini menuding jari salahkan kerajaan Madani.
14 November 2023 – Harakahdaily mula terbit artikel menyerang kerajaan Madani isu ini walaupun isu ini bermula di zaman PN-Pas.
BACA JUGA Kes Nik Elin: Tidak kena-mengena dengan Islam terancam