Sah Nik Elin ahli Muafakat Nasional
Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan dia merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Pengakuan peguam berkenaan menjawab dakwaan yang tular di media sosial berhubung perkara tersebut.
Katanya dalam wawancara eksklusif di podcast Beyond the Headlines New Straits Times, Presiden MN menjemputnya untuk menyertai blok pembangkang itu.
“Apabila menyemak laman web mereka, ia menekankan perpaduan, kasih sayang, kebebasan dan keadilan yang saya percaya bermanfaat untuk Malaysia.
“Saya memohon keahlian secara dalam talian dan permohonan diluluskan serta-merta,” ujarnya.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa berkata, pihak yang memulakan cabaran Perlembagaan adalah dari Kelantan yang juga ahli MN.
Dalam masa sama, Nik Elin memberitahu, dia adalah ahli UMNO dan bernaung di bawah Parti Melayu Semangat 46 (S46).
“Saya bukan ahli politik, tetapi saya bergabung dengan mana-mana parti politik yang kelihatan baik,” katanya.
Namun, beliau berkata, tindakannya tidak berkaitan langsung dengan sebarang kepentingan politik.
Nama Nik Elin menjadi sebutan orang ramai selepas dia dan anak perempuannya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman telah mencabar 18 ketetapan syariah yang dibawa di mahkamah.
“Kami tidak disokong oleh sesiapa, ia hanya kami berdua dan peguam kami,” tegasnya dalam podcast itu lagi.
BACA JUGA Keputusan kes Nik Elin perkukuh perundangan Islam