Kerajaan diterajui Anwar paling berani laksana kajian SSPA

Pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai kerajaan yang berani kerana berupaya melaksanakan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Menurutnya, isu penyelarasan gaji penjawat awam bukan perkara baharu dan sudah lama dibincangkan selain tiada kenaikan sejak hampir 12 tahun lalu.

“Pagi tadi saya bersama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) berbincang dengan Perdana Menteri mengenai apa yang kita akan bawa kepada Jemaah Menteri.

“Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin, beri keutamaan kepada kebajikan penjawat awam.

“Sebenarnya ini bukan perkara baharu, lama dah kita bincang, sebab itu saya lihat kerajaan yang ada hari ini paling berani melaksanakan perkara ini,” kata Mohd Zuki pada Majlis Amanat 2024 di Putrajaya, hari ini.

BACA JUGA Ramai puji PM Anwar tegas perangi rasuah