7 negeri, wilayah dapat Pengerusi AMANAH baharu

Tujuh negeri termasuk Wilayah Persekutuan mendapat Pengerusi AMANAH baharu hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) parti itu malam tadi.

Enam lagi negeri berkenaan ialah Kedah, Kelantan, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu.

“Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran AMANAH dengan mengambilkira pandangan akar umbi di peringkat Kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur,” menurut kenyataan parti itu.

Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, parti berkenaan yakin pelantikan Pengerusi Negeri baharu terbabit yang melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu akan membantu memantapkan pentadbiran AMANAH di semua peringkat.

Jelasnya, pelantikan bagi jawatan nombor satu di peringkat negeri itu bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang dan meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan di seluruh negara.

Berikut senarai penuh Pengerusi AMANAH Negeri:

JOHOR – AMINOLHUDA BIN HASSAN

KEDAH – MOHD ASMIRUL ANUAR BIN ARIS

KELANTAN – ADLY BIN ZAHARI

MELAKA – DATUK ASHRAF MUKHLIS BIN MINGHAT

NEGERI SEMBILAN – DATUK MK IBRAHIM BIN ABD RAHMAN

PAHANG – MOHD FADZLI BIN MOHD RAMLY

PERAK – DATUK ASMUNI BIN AWI

PERLIS – WAN KHARIZAL BIN WAN KHAZIM

PULAU PINANG – MUHAMMAD FAIZ BIN FADZIL

SABAH – LAHIRUL BIN LATIGU

SARAWAK – ABANG ABDUL HALIL BIN ABANG NAILI

SELANGOR – IZHAM BIN HASHIM

TERENGGANU – MOHD HASBIE BIN MUDA

WILAYAH PERSEKUTUAN – KHALID BIN ABD SAMAD

BACA JUGA AMANAH bakal menandingi Pas dalam tempoh 10 tahun