Mahathir di IJN
Tun Dr Mahathir Mohamed dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan jangkitan yang dihidapinya.
Jurucakap bekas Perdana Menteri berkenaan dalam kenyataan malam tadi dilapor berkata, Mahathir dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.
“Tun (Dr Mahathir) sedang menerima rawatan untuk jangkitan di IJN, disusuli dengan tempoh berehat untuk pemulihan yang optimum,” kata jurucakap itu menerusi aplikasi WhatsApp, dipetik BH.
Semalam, pendengaran kes saman Mahathir terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan dakwaan kenyataan fitnah mengenai isu “Kutty” ditangguh kepada 19 Julai depan.
Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong membenarkan penangguhan itu selepas dipohon oleh peguam Dr Mahathir, Mior Nor Haidir Suhaimi yang menyatakan anak guam beliau sedang dirawat di IJN.
IJN juga menghantar satu surat kepada mahkamah menyatakan Mahathir tidak dapat hadir ke mahkamah semalam atas sebab kesihatan.
BACA JUGA Pendengaran kes Mahathir lawan Ahmad Zahid ditunda, Mahathir di IJN