Pahang pula merombak barisan exco

Selepas Johor, Pahang menjadi negeri kedua yang merombak barisan exco mereka.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan rombakan tersebut hari ini.

Penyusunan portfolio ini berkuatkuasa serta merta,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Adun Bebar Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff yang sebelum ini merupakan exco kerja raya, pengangkutan dan kesihatan Pahang kini mengambil alih portfolio kerajaan tempatan, perumahan, alam sekitar dan teknologi hijau.

Portfolio baru ini kosong kerana penyandang Allahyarham Datuk Seri Johari Harun meninggal dalam nahas pesawat Elmina dalam bulan Ogos 2023.

Adun Muadzam Shah Razali Kassim dilantik menjadi exco kerja raya, pengangkutan dan kesihatan.

Adun Pelangai Amizar Abu Adam pula mengambil tempat Razali apabila dilantik menjadi exco hal ehwal Felda, koperasi dan usahawan negeri.

Rombakan ini bertujuan untuk mengemaskan dan memantapkan pentadbiran dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.