Zina di Kelantan, dua seksyen ini tidak dicabar Nik Elin

Oleh DR ZULQARNAIN LUKMAN

Kesalahan zina di Kelantan terdapat dalam dua Enakmen yang berbeza.

Kesalahan di bawah S. 46 wujud di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) dan kesalahan di bawah S. 10 wujud di dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II).

Perbezaan antara kedua-duanya adalah S. 46 itu adalah kesalahan takzir dan S. 10 adalah kesalahan hudud.

Kedua-dua seksyen ini tidak dicabar oleh Nik Elin.

Beban bukti untuk kedua-dua kesalahan ini adalah berbeza. Begitu juga hukuman.

Maksudnya, jika untuk kesalahan takzir tidak memerlukan syahadah 4 orang saksi.

Cuma ada kemusykilan bagi sesetengah pihak sama ada, bolehkah didakwa atas kesalahan zina kerana kesalahan zina memerlukan empat orang saksi.

Jika kesaksian tidak mencukupi maka orang yang menjadi saksi itu boleh dituduh atas kesalahan qazaf sebagaimana yang pernah diriwayatkan dalam hadis Nabi SAW.

Kemungkinan menggunakan perkataan kesalahan mukadimah zina atau percubaan zina lebih wajar.

Apa pun kedua-dua kesalahan itu tidak dicabar oleh Nik Elin dan kekal dalam enakmen tersebut.

*DR ZULQARNAIN LUKMAN merupakan Ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Menggubal Undang-Undang Islam.

BACA JUGA Isu kes Nik Elin: Ini 6 desakan pakar Perlembagaan