Blogger Hussein Hamid meninggal dunia

Penulis, blogger yang juga ahli perniagaan, Hussein Abdul Hamid meninggal dunia hari ini di Kuala Lumpur walaupun telah sekian lama menetap di Australia.

Beliau dijadualkan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudaul Saodah, Batu 4, Gombak hari ini.

Hussein meninggal jam 5.30 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat diserang angin ahmar.

Hussein yang banyak menulis melalui blog SteadyAku47 dan Husseinhamid.com, pulang ke Malaysia bulan lalu.

Beliau yang tinggal seorang diri selepas isterinya meninggal dunia tahun lalu.

Semakan dengan telefon beliau menunjukkan kali terakhir beliau aktif pada 8 Februari, minggu lepas.

Sebelum ini, beliau pulang ke Malaysia apabila kerajaan Perpaduan dibentuk di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun pulang semula di Australia, negara yang memberikan hak sebagai Penduduk Tetap (PR) untuk beliau.

Hussein mempunyai hubungan baik dengan Anwar kerana kedua-dua mereka adalah bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Tulisan terakhir beliau melalui Husseinhamid.com adalah pada 6 Februari lali.

“I love KL but don’t like politics!

“This morning, as I have been doing for the past few weeks, I woke up early, way before dawn, and watched the sun rise over KL. Amazing!…”

BACA JUGA Pimpinan Aman Palestin berdepan 164 tuduhan, salah guna dana RM85 juta