Pimpinan Aman Palestin berdepan 164 tuduhan, salah guna dana RM85 juta
Tiga pemimpin Aman Palestin- pengerusi eksekutif Abdullah Zaik Abdul Rahman, ketua pegawai eksekutif Awang Sufian Awang Piut dan pengarah syarikat Khairudin Mohd Ali berdepan sejumlah 164 tuduhan.
Zaik dan Awang berdepan 161 tuduhan pecah amanah, penipuan harta dan pengubahan wang haram berjumlah RM79,060,601.92.
Khairudin pula dituduh dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM6,038,016.60.
Zaik dan Awang Sufian didakwa melakukan pecah amanah di atas kapasiti mereka sebagai pengarah syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang memegang amanah harta Aman Palestin.
Kesalahan tersebut dilakukan di antara 12 Mac 2018 hingga 3 Nov 2023 di Maybank Bandar Baru Bangi.
Sejumlah 52 pertuduhan dibuat megikut seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Ikat jamin ditetapkan sebanyak RM1 juta/
Separuh dari jumlah tersebut akan dibayar hari ini dan bakinya sebelum 14 Mac.
Hakim Mahkamah Sesyen Anita Harun menetapkan 14 Mac sebagai tarikh perbicaraan seterusnya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan ketiga-tiga individu tersebut semalam selepas merekodkan kenyataan mereka.
Dua bulan lalu SPRM telah membekukan 41 akaun berkaitan Aman Palestin melibatkan RM15 juta ringgit.
BACA JUGA Pemimpin utama Aman Palestin didakwa hari ini