Jangan sibuk hukum hakim, perundangan sivil dan syariah saling melengkapi

Oleh AHMAD MURSI

Rosaklah sistem keadilan negara jika ada dua set undang-undang untuk satu kesalahan yang sama kepada dua kelompok rakyat berbeza (Muslim dan non-Muslim) dengan hukuman pun berbeza.

Sivil tekankan kesalahan itu mesti ada mangsa dalam kalangan manusia.

Syariah pula boleh cover kesalahan yang bersangkutan pelanggaran hubungan manusia dengan Allah contohnya seperti judi.

Misalnya judi, kalau sivil anggap hal itu tidak salah jika berlesen, undang-undang syariah boleh memainkan peranan menjadikannya jenayah kerana judi tetap salah sama ada berlesen atau tidak kerana itu maksiat kepada Allah.

Tidak boleh anggap undang-undang syariah yang ada di Malaysia ini kadar hukumannya ikut 100% dari dalil yang qatie. Banyak takzir dan kadarnya, pemerintah tentukan sama seperti sivil.

Apabila manusia yang gubal, kelemahannya boleh sentiasa berlaku dan boleh dicabar. undang-undang yang baik tentulah segala ruang itu ditutup.

Tak boleh salahkan pesalah yang cabar kesahihan undang-undang itu kerana tentulah dia akan cari jalan melepaskan diri.

Perlembagaan benarkan dia buat semakan kehakiman di Mahkamah tertinggi jika ada kecacatan pada undang-undang yang digubal.

Tak boleh hina hakim kerana mereka buat keputusan ikut undang-undang yang DUN dan Parlimen gubal.

Jika A, dia kata A lah. Jika B, dia kata B. Mana boleh ikut sentimen.

Kerja ahli politik ialah perkemas undang-undang itu supaya tiada ruang dicabar lagi dan itu yang PMX sedang usahakan.

Janganlah sibuk hukum hakim dan orang lain yang tidak sependapat dengan label kafir mengkafir kerana isu ini seperti lazim yang Khawarij lakukan.

BACA JUGA Zina di Kelantan, dua seksyen ini tidak dicabar Nik Elin