Pembangkang akan terus perbodoh rakyat, rakyat usah terperdaya provokasi kartel

Oleh NORMAN RADZUAN

Kerajaan mengumumkan Beras Putih Malaysia MADANI pada tanda harga baharu iaitu RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg), berkuat kuasa 19 Februari 2024.

Adakah ia mendapat pujian rakyat?

Rakyat yang membeli beras sekali sekala mereka mungkin tidak perasan harga beras di pasaran tetapi bagi para peniaga, ia satu berita gembira buat mereka.

Akhir-akhir ini, harga beras tidak menentu dan dikatakan telah naik mendadak mengejutkan orang ramai dan menurut KPDN sendiri, beras import telah naik dari RM33 kepada RM39.

Kini rakyat tidak perlu pening kepala lagi atas ketidaktentuan harga beras. Namun, yang pasti pembangkang akan memanipulasi isu ini.

Kartel-kartel tentulah kepanasan kerana keuntungan besar mereka kini sudah berakhir.

Kerajaan Madani menyebelahi rakyat dan peladang dan bukan lagi tauke-tauke besar.

Sudah terdengar amaran dari pengilang, “Jangan permainkan pemain industri.”

Tentulah mereka berang jika keuntungan mengecil dan pasti mereka ini nanti yang paling bising bersuara.

Fitnah beberapa ‘cytro’ pembangkang kedengaran kononnya ia untuk menjaga kartel beras.

Ia satu persepsi jahat sedangkan langkah kerajaan ialah untuk menamatkan permainan kartel.

Saya tidak hairan reaksi pembangkang kerana sebelum ini apabila diperkenalkan Menu Rahmah turut ditentang pembangkang.

Pembangkang yang ada ini kerja membangkang kebaikan untuk rakyat sebab mereka sangat bimbang rakyat mula melihat Kerajaan Madani ini kerajaan good governance.

Mereka melakukan provokasi harga barang naik, adakah itu fakta? Padahal, kita buat perbandingan ketika Kerajaan Madani beberapa bulan memerintah 2023, fakta jauh lebih murah berbanding kerajaan PN memerintah.

Rakyat hanya terpengaruh dengan persepsi:

Zaman Kerajaan Madani

Cili merah RM12-15 kg

Bawang merah RM1.70- 2 kg

Minyak masak RM29.60 sebotol

Ayam RM9 kg.

Zaman kerajaan PN

Cili merah RM50- RM100 kg

Bawang merah RM4- 5 kg

Minyak masak RM40-42 sebotol

Ayam RM12 kg

Sebenarnya, harga beras yang diperkenalkan itu merupakan langkah menang menang kepada pemegang taruh, pengilang dan peniaga dengan memastikan harga beras di pasaran stabil.

Cuma kurang molek apabila Datuk Syed Abu Hussin Hafiz yang mengetuai Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengumumkan dan bukannya Menteri.

BACA JUGA Beras putih Malaysia Madani: Tiada keputusan dibuat, tiada pusingan-U