Foto tular keadaan kesihatan Tun M palsu
Foto yang sedang tular di media sosial kononnya kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial terutamanya membabitkan berita palsu sedemikian.
Pada 13 Februari lalu, media melaporkan Tun M kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Iinstitut Jantung Negara (IJN).
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu juga akan berehat untuk satu tempoh bagi proses pemulihan.
Mantan Perdana Menteri dua kali itu dimasukkan ke IJN pada 26 Januari lalu.
BACA JUGA Mahathir di IJN