Tiada dokumen pemansuhan pencen saraan MP diterima

Tidak sebarang dokumen ‘hitam putih’ diterima berhubung pemansuhan pencen membabitkan saraan Ahli Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Jemaah Menteri pun belum membuat sebarang ketetapan mengenai perkara sama.

“Kita tidak dapat arahan, perbincangan (mengenai saraan wakil rakyat).

“Kalau tidak ada apa-apa datang ke meja kita dalam bentuk usul, kita anggap tak berlaku lagi (mansuh saraan wakil rakyat).

“Kalau sebelum 26 Februari ini (Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15), tak datang (sebarang dokumen berhubung pemansuhan saraan wakil rakyat), kita anggap tak ada apa-apa,” jelasnya.

Johari berkata demikian ketika sesi soal jawab dengan media sempena pertemuan bersama ketua pengarang media dan agensi berkaitan pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Parlimen, hari ini.

BACA JUGA Mansuh skim pencen penjawat awam, YB adil untuk rakyat Malaysia