Sudah 25 hari di IJN, Mahathir masih dalam proses pemulihan

Sudah 25 hari Tun Dr. Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dan kini bekas Perdana Menteri itu dalam proses pemulihan.

Beliau dimasukkan ke IJN sejak 26 Januari lalu akibat jangkitan, menurut maklumat dimuatkan menerusi Facebook rasmi beliau hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan foto Mahathir dalam keadaan nazak sehingga mengundang spekulasi orang ramai.

Namun, hebahan tersebut telah disahkan sebagai berita palsu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati daripada menyebarkan berita palsu.

BACA JUGA Foto tular keadaan kesihatan Tun M palsu