MMM boleh pilih untuk guna kod etika wartawan sama

Malaysia Media Malaysia (MMM) diberikan kebebasan samada untuk menggunakan kod etika wartawan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPenatau membentuk kod etikanya tersendiri, kata jurucakap Kerajaan Madani Fahmi Fadzil ketika sidang media yang diadakan hari ini.

Terdahulu Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menjelaskan bahawa kod etika wartawan yang dilancarkan semalam hanyalah versi yang dikemaskini dari versi asal yang telah dinukilkan oleh Institut Media Malaysia (MPI) pada tahun 1989.

“Versi 1989 mempunyai terma seperti mengekang komunisme,” kata Fahmi dalam sidang media yang diadakan di kementeriannya.

“JaPen akan mengeluarkan kad perakuan berdasarkan kod etika. Terpulang kepada MMM menggunakan kod etika sama atau tidak.

Fahmi turut menyatakan bahawa media-media politik tertentu mungkin tidak akan memperoleh kad perakuan media.

“Media politik tidak semestinya memperoleh kad perakuan mereka,” katanya.

Ini kerana pemberian kad perakuan media akan dibuat oleh ketua pengarah JaPen.

Beberapa bulan lalu kad perakuan media kakitangan media milik Pas telah dibekukan ekoran gambar yang disiarkan oleh Harakah mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Israel.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menyatakan bahawa JaPen dan MMM boleh mempunyai kod etika berasingan.

Berkaitan dengan MMM pula, Fahmi berkata bahawa rang undang-undang yang membolehkan penubuhan MMM akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat dan dibentangkan di Dewan Rakyat dalam bulan Jun.