Penduduk Sabah naik angin, jalan punyalah berlubang tapi ‘signboard’ pula dibaiki
Masalah kerosakan jalan raya di Sabah bukan lagi isu baharu. Selepas berpuluh tahun, rakyat masih menghadapi masalah yang sama.
Tidak tahulah masalah utama berpunca dari pemimpinnya atau kualiti kerja kontraktor yang sambil lewa dalam menguruskan projek kemudahan jalan untuk rakyat.
Menerusi satu hantaran di Facebook Sabah Viral Bah, pengendali akaun itu membangkitkan isu kerosakan jalan di kawasan mereka yang menurutnya jauh berbeza dengan keadaan jalan di Semenanjung Malaysia.
âDi semenanjung jalan sampai lima tingkat dan di kawasan kampung pun ada lampu isyarat. Memandu berjam-jam tak jumpa jalan berlubang atau bertampal tetapi keadaan di Sabah berbeza.
âKalau jalan runtuh (di sini), pihak berkuasa pasang signboard (papan tanda), âhati-hati kawasan tanah runtuhâ dan kalau jalan rosak pula pihak berkuasa akan pasang singboard âhati-hati jalan tidak rataâ.
âMungkin jalan itu tidak akan dibaiki sehingga tiupan sangkakala terakhir berbunyi,â kata pengendali Facebook itu.
Pada masa sama, pentadbir laman Facebook tersebut turut memuat naik beberapa gambar memaparkan keadaan jalan di negeri tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata sebahagian besar warga maya turut meluahkan rasa kesal yang sama.
Shabdaziz Shahmad mencadangkan agar pihak JKR mempamerkan nama syarikat atau kontraktor yang membuat kerja sambil lewa dalam membaiki keadaan jalan di Sabah.
âCadangan aku, minta JKR Sabah siarkan kontraktor yang bertanggungjawab menampal atau membaiki jalan di seluruh Sabah supaya dapat diviral kalau kerjanya tiada kualiti. Berani tak buat seperti itu?â soalnya.
Matthew Tony pula meninggalkan komen yang sinis.
âKami mahu kerajaan baiki jalan yang sudah berpuluh tahun rosak, bukan ganti signboard ada amaran berbahaya,â katanya.
BACA JUGA Pemangku Sultan Johor sindir pengurusan Selangor FC, tak pernah kalahkan JDT