Sarawak berkabung dua hari
Negeri Sarawak akan berkabung selama dua hari mulai hari ini sebagai tanda penghormatan di atas pemergian bekas Yang di-Perua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.
Semua majlis rasmi yang melibatkan hiburan ditangguhkan, kata setiausaha kerajaan negeri Abu Bakar Marzuki.
Bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang,” katanya menurut Astro Awani.
Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada pukul 4.40 pagi tadi dan jenazah allahyarham akan diterbangkan ke Kuching 1 tengah hari ini.
Kematian beliau diumumkan oleh anaknya yang juga Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib.
Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediamannya di Demak Jaya, sebelum dibawa ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk penghormatan terakhir dari 8 pagi hingga 12 tengah hari esok.
Jenazahnya Taib dijadual disemadikan di Tanah Perkuburan Demak Jaya, berhampiran kediamannya selepas solat Zohor esok.
Â