‘Takziah, kita kehilangan negarawan yang dihormati’

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga allahyarham mantan Yang Dipertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Saya mewakili pentadbiran Kerajaan MADANI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan rakyat Sarawak,” kata beliau menerusi X.

“Sesungguhnya kita, terutama rakyat negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati.

“Jasa dan bakti Allahyarham kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya.”

Allahyarham meninggal dunia lebih kurang pukul 4.40 pagi tadi di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Jenazah beliau disolatkan di Masjid Negara dan akan dihantar ke Sarawak selepas zohor hari ini.