Berbeza dengan era Madani, Ringgit teruk zaman PN, harga barang naik berganda

Oleh FARHAN ZULKEFLY

“Dulu Anwar kritik PN (Perikatan Nasional) sebab ringgit teruk. Sekarang ringgit teruk, tahu pula bagi alasan”.

Saya baca ramai betul orang PN tulis begitu. Ini beza kerajaan PN dulu dengan kerajaan Madani sekarang uruskan isu ringgit:

Pertamanya, kenapa ringgit teruk? Sebab Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) mendadak sehingga 5.5%. OPR Malaysia? 3.0%

Apa kesannya? Kitaran duit kita keluar sebab mereka pilih AS yang interest lebih tinggi.

Jadi, bagaimana nak naikkan ringgit? Kena naikkan OPR di Malaysia.

Apa pula kesan naikkan OPR? Hutang bulanan kita dengan bank makin meningkatlah sebab interest lagi tinggi.

Kalau tak nak naikkan OPR pula? Ringgit makin teruk.

Apa pula kesan kalau Ringgit makin teruk?

Kesannya harga barang harian meningkat sebab barang-barang yang kita import naik harga sebab matawang teruk.

Jadi, kita ada dilema besar:

1) Kalau Bank Negara naikkan OPR, ringgit stabil. Tapi hutang rakyat dengan bank meningkat.

2) Kalau Bank Negara kekalkan OPR rendah, hutang rakyat dengan bank kekal. Tapi ringgit teruk dan barang import naik harga.

Jadi, apa penyelesaiannya?

Bank Negara telah pilih untuk kekalkan OPR. Apabila OPR kekal, bayaran hutang kita dengan bank kekal dan tidak naik harga.

“Tapi apabila OPR kekal, ringgit teruk. Macam mana dengan harga barang import?”.

Untuk elak harga barang import terjejas, kerajaan deal dengan tiga negara (antara rakan import terbesar) untuk guna matawang masing-masing masa import barang.

Apabila guna matawang masing-masing, akan terjejas tak harga barang import?

Tidak terjejas sebab ringgit kita teruk dengan AS. Dengan negara-negara ini masih stabil dan terkawal.

Untuk masa depan, Kerajaan MADANI tengah deal dengan India pula untuk import barang guna matawang tempatan.

Insya-Allah beberapa negara lain juga menyusul.

Menjawab persoalan tadi, ada beza tak ringgit teruk zaman PN dengan zaman MADANI?

Ya, ada beza.

Zaman Kerajaan MADANI, ada solusi untuk stabilkan harga barang lepas ringgit teruk. Zaman Kerajaan PN, langsung tiada solusi.

Jadi, zaman PN, ringgit teruk, OPR terus naik, tiada solusi apa pun, maka inflasi naik (harga barang).

Zaman MADANI, ringgit teruk, tapi OPR kekal, ada solusi, maka inflasi terus menurun dan menurun (harga barang).

Ini fakta yang tidak boleh dinafikan. Inflasi masa zaman PN adalah 4.0% dan pernah cecah 4.5%.

Zaman Kerajaan MADANI? Turun sehingga 1.5%. Inflasi makanan turun daripada 7.3% kepada 2.3%.

Jadi, kepada orang PN yang bising pasal ringgit jatuh tu, anda semua mahu kembali ke zaman “Kerajaan Tiada Solusi” ke?

BACA JUGA Ringgit jatuh: Anwar minta ahli Parlimen Pas baca laporan kewangan global