Agong akan bertitah kepada ahli Parlimen dalam sesi ini

Sesi Parlimen ke-15 penggal ketiga pada hari Isnin 26 Februari bakal menyaksikan titah pertama Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ini adalah sesi pertama yang akan menyaksikan Sultan Ibrahim bertitah kepada badan legislatif.

Berdasarkan kalendar di laman web Parlimen, sesi ini akan berlangsung selama 19 hari bermula 27 Februari hingga 7 Mac dan diikuti oleh sesi penggulungan oleh kementerian selama empat hari bermula dari 11 Mac.

Sesi ini juga akan menyaksikan pembentangan rang undang-undang (RUU) seperti pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 dan juga RUU untuk pembentukan sebuah badan kawalan sempadan.

Badan kawalan sempadan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober 2023 ialah sebahagian daripada usaha memperkukuhkan pertahanan dan kesiapsiagaan keselamatan negara.

BACA JUGA Sidang pertama Dewan Rakyat 26 Februari