Cytro PN-Pas lontar komentar berbau Khawarij selepas titah Agong

Oleh AHMAD MURSI

Agong bertitah tidak akan melayan cubaan menggugat kestabilan poitik dan bertitah agar menerima kenyataan serta menghormati Kerajaan Perpaduan yang sudah dibentuk.

Titahnya, jika nak bermain politik, tunggulah masa pilihan raya.

Dalam kumpulan Telegram kelolan PapaGomo, Cytro PN mula mengecam Yang di-Pertuan Agong setelah selesai majlis perasmian Parlimen.

Ada ahli group membuat tuduhan liar kononnya ucapan YDPA dibuat kerana baginda mempunyai kepentingan dan ada yang menyifatkan ‘demokrasi telah mati’.

Komen lain seolah-olah mengugut ‘Sultan Mahmud pun mangkat dijulang… lupakan adat istiadat raja sekarang’.

Ulasan yang berbau ‘Khawarij’ dan boleh menghuru-harakan negara patut diambil tindakan tegas.

Setelah negara membuat reformasi sistem demokrasi mewujudkan kestabilan kerajaan dengan meluluskan Akta Lompat Parti, PN-Pas masih berfikir cara lama.

Pembangkang sepatutnya fahami had berpolitik dan mengajar pengikutnya mentaati asas negara seperti yang terkandung dalam Rukun Negara.

Tidak cukup dengan Presiden Pas yang menyeru untuk ‘merungkai’ ‘Perlembagaan Penjajah’.

Kini pengikut PN-Pas menyebar kebencian terhadap Agong hanya kerana kepentingan politik sempit PN-Pas.

Walhal, mentaati Ulil Amri adalah WAJIB selagi tidak menyuruh melakukan kemaksiatan (An-Nisa:59).

BACA JUGA Usah hasut rakyat dengan isu 3R – Sultan Ibrahim