Fahmi ajak semua pihak hayati titah Agong

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengajak semua pihak bersama-sama menghayati titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15, hari ini.

“Kestabilan adalah asas penting untuk membina semula negara. Daulat Tuanku,” katanya yang juga jurucakap kerajaan.

Beliau menulis demikian menerusi hantaran pada laman Facebook bersertakan infografik titah Sultan Ibrahim yang tidak akan melayan cubaan menggugat kestabilan politik negara.

Pagi tadi, Sultan Ibrahim dalam titah sulung baginda di Dewan Rakyat menzahirkan peringatan, nasihat dan pandangan dalam pelbagai topik.

Antaranya tingkah laku Ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat ketika persidangan, keperluan merangka dasar kukuh perpaduan negara, isu kerenah birokrasi, hutang negara serta kestabilan politik.

BACA JUGA Agong tegur pihak yang gagal kuasai bahasa kebangsaan, fahami budaya kaum lain