Tiga sebab Israel berada di ambang kejatuhan

Oleh NASAIE ISMAIL

Seseorang mengkritik karya saya yang menyatakan Israel berada di ambang kejatuhan sedangkan Gaza teruk diserang. Sabar! Saya kongsi tiga sebab.

Pertamanya, Israel ketika ini berhadapan dengan perpecahan dalaman yang paling buruk dalam sejarah.

Dalam masa lima tahun, mereka terpaksa mengadakan lima kali pilihan raya kerana gagal berpakat membentuk kerajaan.

Bahkan ketika perang sedang berlaku, mereka saling sabotaj di antara satu sama lain.

Ini termasuklah mendedahkan maklumat strategik negara sehingga berjaya digunakan musuh dan berusaha untuk menjatuhkan di antara satu sama lain. Panjang lagi.

Boleh baca di buku ‘Hari-Hari Akhir Israel di Palestin’.

Kedua, terdapat kehebatan luar biasa para pejuang dan penduduk Palestin yang jarang dibahaskan.

Hal inilah yang menjadi punca mereka tidak boleh dikalahkan dan dimatikan.

Perjuangan mereka sejak lebih seratus tahun bermula pengisytiharan penubuhan negara haram itu, 1917 lalu.

Israel mengetahui rahsia kekuatan ini dan sebab itulah mereka menyasarkan pembunuhan kanak-kanak secara besar-besaran.

Benjamin Netanyahu

Ketiga, Israel berhadapan dengan tempat bergantung yang semakin rapuh apabila sekutu utamanya Amerika Syarikat (AS) semakin hilang pengaruh dan kekuasaan di Timur Tengah.

Ini disebabkan munculnya China yang semakin meluas membina pengaruh dan menjadi pergantungan baharu ekonomi negara-negara Arab.

Panjang lagi hendak didedahkan fakta-fakta lain yang lebih banyak. Perinciannya dalam buku ‘Hari-Hari Akhir Israel di Palestin’.

BACA JUGA Menghampiri Ramadan sudah lebih 29,600 penduduk Palestin terkorban