Manoharan dilantik Ketua Pengarah Pelancongan baharu

Tourism Malaysia mengumumkan pelantikan bekas Pengarah Tourism Malaysia, P Manoharan, sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia baharu.

Biarpun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi, namun telah tular beberapa poster ucapan tahniah yang disiarkan menerusi Facebook oleh Lembaga Pengarah, Pengurusan dan kakitangan lembaga itu.

Manoharan sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia dan Afrika) di Tourism Malaysia.

Sumber gambar perkongsian di Facebook milik Tourism Malaysia pada semalam

Manoharan pernah berkhidmat selama tiga penggal sebagai Pengarah Tourism Malaysia, dan dilaporkan memainkan peranan penting dalam penubuhan pejabat Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan pertama di Mumbai pada tahun 2001.

Perlantikan Manoharan dibuat susulan tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, mengambil langkah menamatkan perkhidmatan penyandang jawatan itu, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

Pada 24 Februari lalu, King Sing menjelaskan Ammar diturunkan pangkat daripada jawatan Ketua Pengarah kerana gagal mencapai prestasi kerja yang ditetapkannya

Ujar King Sing, banyak peluang telah diberikan kepada Ammar memandangkan beliau mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pelancongan.

Katanya, bukan dia sahaja yang memberi nasihat, timbalannya pun sudah menasihatkan Ammar tentang apa yang harus dilakukan, namun beliau gagal melaksanakan tugasnya.

BACA JUGA Dua jam kena ‘sidai’ tapi penceramah salahkan kos bahan mentah naik