Bagaimana 4,000 pesakit baru nak masuk IJN jika yang dah stabil tak discaj?

Oleh AHMAD MURSI

Discaj dari Institut Jantung Negara (IJN) maksudnya, apabila keadaan sudah stabil maka dirujuk ke Pusat Jantung Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemantauan berterusan.

Pun begitu, pesakit masih dipantau IJN selama enam bulan ke setahun untuk dewasa dan dua tahun untuk kanak-kanak.

Sebabnya 4,000 pesakit baru masuk ke IJN setiap tahun. 250,000 purata dirawat di IJN.

KKM sudah bina 10 pusat jantung di hospital kerajaan.

Kes-kes kompleks dan kritikal, KKM rujuk pesakit ke IJN juga untuk mengurangkan masa menunggu di hospital kerajaan.

Setiap pesakit yang KKM rujuk ke IJN, kerajaan (MOF) bayar kerana IJN entiti korporat tetapi milik kerajaan.

Kos semakin meningkat setiap tahun, tentulah kena maksimumkan keberkesanan kos.

Kena adil pada semua pembayar cukai. Bukan abaikan pesara kerajaan.

Bagaimana 4,000 pesakit baru nak masuk ke IJN, kalau yang stabil tidak discaj dan dirujuk ke KKM?

Bukan ketepikan pesara kerajaan, tetapi letak di bawah penjagaan Hospital Jantung KKM.

KKM dan IJN sudah lama jadi rakan kongsi untuk menyokong operasi hospital.

BACA JUGA Sudah 25 hari di IJN, Mahathir masih dalam proses pemulihan