Bukan saja kerajaan, rakyat perlu juga menilai pembangkang

Oleh LIYANA MARZUKI

Semalam, hari pertama persidangan Dewan Rakyat penggal ini Juga sesi pertama selepas kita bertukar Yang di-Pertuan Agong.

Ada benda saya nak puji. Prestasi Ketua Pembangkang nampak tambah baik.

He seemed collected and firm. Hujah dah nampak tersusun. He has a grip on his people.

Siap boleh suruh MP Pendang minta maaf kepada Speaker. Ok lah, kita raikan proses semak dan imbang.

Yang kedua, prestasi Speaker juga cemerlang. Walaupun Dewan seperti zoo. Beliau berjaya kawal emosi dan buat keputusan secara gentleman.

Apabila MP Pendang minta maaf beliau batalkan pengantungan 4 hari. Dan move on dari situ.

Baik. Kita nampak ada kemajuan di situ.

Namun, sesi semalam sedikit cacat dengan tindakan picisan.

Pembangkang keluar Dewan atau buat walk out secara berjemaah.

Alasannya, PM nak bercakap ter’miss turn’. Alasan PM pula, sebab sebelah paginya ada lawatan rasmi PM Cambodia.

Lepas habis beliau bergegas ke Parlimen. Beliau nak buat ucapan Merafak Sembah YDPA baru.

Walaupun usulnya dah diluluskan Dewan, pembangkang tak puas hati juga.

Apalah masalahnya berlapang dada. Setakat ucapan merafak sembah kepada YDPA. Tak sempat buat sebelah pagi sebab ada tugasan rasmi di Putrajaya.

Pihak pembangkang bertegas ini tak ikut turn. PM8 siap cakap an abuse of procedure oleh kerajaan.

Hello, ni bukan nak bulldoze Belajawan Negara atau nak lulus pindaan Perlembagaan. Ini setakat ucapan penghargaan.

Orang yang sama dok cakap salah guna prosedur, pernah dimarah oleh Agong lama kerana buat darurat berpanjangan.

Siap derhaka kerana batal Ordinan Darurat tidak maklumkan kepada Istana. Di rumah tiada cermin gamaknya.

Nasib baiklah hanya sempat berkuasa 18 bulan.

Harap dah tak jadi PM kitar semula. Pilihlah calon yang lain pula.

Kualiti pembangkang secara keseluruhan masih lagi guna isu picisan.

Tak pun bergantung kepada isu agama dan perkauman. Apa yang kita nak lihat lebih banyak substance dikemukakan.

Peranan kita sebagai pengundi bukan saja menilai kerajaan. Perlu nilai pembangkang juga.

Sesungguhnya, gaji dan pencen mereka rakyat bayar belaka. Tak boleh juga makan gaji buta.

BACA JUGA Speaker naik angin, arah Wan Saiful tarik tuduhan “orang korup mengadap Tuanku setiap minggu”