Tarik balik darjah PSM Hadi

PENDAPAT

Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga merupakan pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) telah bertitah bahawa presiden Pas, Tan Sri Hadi Awang tidak beradab, menghina Raja-Raja Melayu, mempertikaikan perlembagaan persekutuan dan turut menjadi faktor yang mencemar agama Islam.

Ini bukan kali pertama Hadi menunggang agama demi kepentingan siasah sempit.

Dahulunya, Amanat Hadi yang diucapkan beliau membawa kepada peristiwa Memali dan perpecahan masyarakat Melayu.

Dalam tempoh beberapa tahun ini pula, Hadi turut menghina masyarakat bukan Melayu dan masyarakat Sarawak.

Laporan polis terhadap Hadi tidak berguna kerana pemimpin Pas ini hanya ke Bukit Aman untuk merekodkan kenyataan.

Pihak istana wajar mengambil tindakan terhadap Hadi supaya ia menjadi pengajaran kepada golongan politikus yang menunggang agama demi kepentingan sempit mereka.

Memandangkan Hadi telah telah bertindak dengan tidak beradab, Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim wajar menarik balik kurniaan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Untuk rekod Hadi telah menerima darjah PSM pada 13 Nov 2021 daripada mantan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Seruan menarik balik darjah kebesaran ini bukan kali pertama diutarakan.

Permohonan sama telah dibuat oleh Pemuda AMANAH kepada Al-Sultan Abdullah pada tahun lalu susulan rancangan Hadi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Daulat Tuanku.