Hadi tidak membaca atau sengaja menyebarkan kekeliruan?

Oleh AHMAD MURSI

Apabila saya katakan Pas telah terjerumus dalam politik Khawarij, ramai yang marah.

Sepatutnya diperbetulkan cara berfikir kerana politik Pas telah melebihi had.

Mentaati Ulil Amri adalah wajib selagi tidak disuruh melakukan maksiat. Apatah lagi Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah pemerintah utama.

Abdul Hadi ditegur kerana secara sinis mengkritik Raja-Raja Melayu di Facebook kononnya ‘perlu ada wawasan akhirat dan tidak kejar kepentingan dunia’.

Sepatutnya, dia lebih beradab apabila memberi pandangan.

Dia juga ditegur kerana mengkritik hakim-hakim kononnya tidak mentafsir Perlembagaan mengikut ‘prinsip Islam’.

Bagi Hadi, Perlembagaan dicipta penjajah untuk menghancurkan agama, bangsa, bahasa dan tanah air.

Walhal, semasa Perlembagaan digubal, Pas juga memberi pandangan bertulis dan terlibat secara langsung.

Perlembagaan yang akhirnya terhasil menjadikan Islam sebagai teras dan bersesuaian dengan polarisasi kaum. Maka lahirlah Rukun Negara dan Keluhuran Perlembagaan satu rukun daripadanya.

Dia ditegur, kenapa sekarang baru nak mempertikai Perlembagaan. Walhal, dah berkali-kali bersumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan?

Adakah Hadi sudah tidak hormat Perlembagaan? Ini menggambarkan Hadi sengaja mencetuskan polemik politik untuk meraih sokongan orang Melayu.

Kenyataan Hadi menunjukkan dia tidak beradab dan hormat Raja-Raja Melayu termasuk apa yang berlaku kepada Sultan Terengganu sebelum ini.

Abdul Hadi menyebabkan Sultan Selangor amat berdukacita.

Ini menghina Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam dan Pemerintah Utama negeri dan negara.

Sepatutnya, Hadi berilah nasihat ikut saluran dan prosedur yang betul supaya rakyat tidak terkeliru.

Titah Sultan Selangor semasa sidang MKI jelas menyeru mencari penyelesaian isu kompetensi DUN untuk penyelarasan dan perkasa bidang kuasa Syariah.

Namun, seolah-olah Haji Hadi tidak faham atau tidak membaca atau sengaja menyebarkan kekeliruan.

BACA JUGA Bendung kecurangan pemikiran ala Khawarij dalam kalangan anak muda