Skim Perubatan MADANI (SPM): Ini penerangan yang cukup jelas, pembangkang tak perlu acah bimbang
Kementerian Kesihatan (KKM) sudah pun menafikan inisiatif Skim Perubatan MADANI (SPM) yang membabitkan klinik perubatan swasta (GP) dihentikan sepenuhnya.
Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata ketika ini masih terdapat GP yang melaksanakan SPM membabitkan fasa pertama pelaksanaan di 10 daerah yang dilancarkan pada 15 Jun tahun lalu.
Daerah berkenaan membabitkan Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat, Petaling, Klang, Johor Bahru, Kinta, Timur Laut, Kota Kinabalu dan Kuching dengan fokusnya untuk mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti KKM.
Ikuti penjelasan mudah daripada seorang pengguna X yang dikenali sebagai Strat Comm ProBono mengenai Skim Perubatan Madani (SPM) ini:
Menteri Kesihatan baharu, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dah jawab di Parlimen bahawa Skim Perubatan Madani (SPM) ini adalah antara 2 solusi kerajaan lakukan untuk mengatasi isu kesesakan dan waktu menunggu yang lama di Jabatan Kecemasan & Trauma seluruh negara.
Pertama, lanjutan masa di Klinik Kesihatan awam di bawah Pasukan Petugas Khas Reformasi Perkhidmatan Awam;
Kedua, Skim Perubatan Madani (SPM) sebagai sebahagian daripada projek perintis.
Tak dapat dinafikan juga, SPM banyak membantu kewangan rakyat pasca Covid-19 biarpun dilaksanakan tak sampai setahun penubuhan Kerajaan Perpaduan.
Yang pasti, SPM mendapat sambutan hangat di kalangan rakyat Malaysia biarpun diremehkan oleh pembangkang.
Kini, SPM telah pun mencapai matlamatnya iaitu mengurangkan isu kesesakan di bahagian Kecemasan hospital, ia dikecilkan kembali skopnya supaya inisiatif ini dapat diperkemaskan lagi.
Logiklah. PEKA B40 pun ambil masa beberapa tahun sehingga dilaksanakan, apatah lagi SPM yang baru setahun jagung.
Q&A
⁉️ Kenapa tak sambung saja laksanakan di seluruh Malaysia?
➡️ Beban pembiayaan yang mencecah RM12-15 juta seminggu. Sebulan, dah hampir RM60 juta. Setahun, hampir RM720 juta. Nak mudah, sepatutnya SPM ini kena diberi peruntukan RM1 bilion lah.
➡️ Sekarang tak mungkin sangat, bagi PADU dan rasionalisasi subsidi RON95 / diesel jalan dulu, mungkin peruntukan SPM ini akan ditambah lebih banyak.
Tapi kalau kerajaan nak tutup pun, tidak mengapa. Ada lagi inisiatif-inisiatif perubatan lain akan diusahakan oleh kerajaan pada masa akan datang. Insyallah.
⁉️ Ada yang cakap akan menjejaskan nyawa dan pesakit rakyat Malaysia?
➡️ Tidaklah. SPM ini cover penyakit yang biasa, bukan penyakit kritikal. Melampau sangatlah!
⁉️ Kenapa MySalam yang sama macam SPM elok saja ‘run’?
➡️ MySalam itu inisiatif skim perlindungan takaful bawah MOF. Bertahun dah pelan dari zaman Bosskur. KKM mana boleh sesuka hati buat produk kewangan.
Akhir kata, pembangkang tak payah acah-acah bimbang. Dulu bekas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa gerakkan SPM ini, anda juga banyak complaint banyak songeh mengata dia kiri kanan. Tolong promosi pun tidak.
BACA JUGA Dah selesai kes kenderaan rasmi menteri ekori rapat ambulans