Tak wajar guna agama jadi tunggangan capai hasrat politik

Pemimpin parti tidak wajar menggunakan agama sebagai tunggangan untuk mencapai hasrat politik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata aspek agama, hukum dan fatwa harus dijadikan sebagai sempadan untuk memberikan pandangan dan pendapat.

“Tetapi, jika masalah hukum sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran, hadis, kias dan ijma ulama, saya tidak perlu menasihatkan mana-mana pemimpin parti yang ada latar belakang agama untuk mengikut landasan atau alasan itu,” katanya, dipetik BH.

Dalam masa sama, Presiden UMNO berkata, beliau menerima titah Sultan Selangor sebagai amaran bukan untuk seseorang individu sahaja.

Sebaliknya, kata beliau, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah itu untuk semua pemimpin parti, termasuk UMNO supaya tidak melakukan perkara dan kesalahan yang sama.

Reaksi Zahid itu susulan rasa amat dukacita Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta Raja-Raja Melayu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Abdul Hadi itu bertajuk ‘Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan’ pada 20 Februari lalu di portal berita pas.org.my.

BACA JUGA Skim Perubatan MADANI (SPM): Ini penerangan yang cukup jelas, pembangkang tak perlu acah bimbang

Â